Sunday, October 13, 2013

Puase Arafah

Mari kita sama-sama berpuasa sunat di hari Arafah. Hari di mana jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

(HR Muslim)

Gunakanlah peluang yang kita ada kali ini untuk melakukan ibadat sunat di hari arafah. Doakan juga agar satu masa nanti kita berpeluang menunaikan ibadah haji. InsyaAllah.

Hari arafah pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 14 Oktober 2013. Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, moga semua mendapat manfaat dari hari yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment

:p

hai kawan kawan xD okay ... sekolah korang dah mule cuti ke? hmm lama tk post kat blog ni hewhew .. rindu plak . thun ni izzah dah nak pind...